Friday, July 26, 2024
HomeBERITAKerajaan diminta menamakan semula Jalan Raja Laut atau Jalan Ipoh sebagai Jalan...

Kerajaan diminta menamakan semula Jalan Raja Laut atau Jalan Ipoh sebagai Jalan Tun Dr. S.Samy Vellu

KUALA LUMPUR, 16 September – Kerajaan diminta supaya menamakan semula Jalan Raja Laut atau Jalan Ipoh di Kuala Lumpur sebagai Jalan Tun Dr. S.Samy Vellu.

Menurut Mantan Setiausaha Akhbar kepada mendiang Tun Dr S. Samy Vellu, Dato’ E.Sivabalan dalam satu kenyataan media, ia sebagai mengiktiraf sumbangan besar mendiang Tun Samy Vellu kepada negara.

Dato’ Siva yang juga Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia berkata selain itu MIC juga diminta mencadangkan kepada kerajaan supaya menamakan semula Universiti AIMST di negeri Kedah sebagai Unversiti Tun Samy Vellu.

Dato’ E.Sivabalan (kiri) bersama mendiang Tun Dr S. Samy Velly (kanan)

“Universiti berkenaan yang diuruskan oleh Maju Institute of Educational Development atau MIED, sayap pendidikan MIC diilhamkan oleh mendiang Tun Samy Vellu.

Jasa dan pengorbanan beliau kepada pembangunan negara, khususnya dalam sektor infrastruktur negara perlu diiktiraf, khususnya semasa negara sedang menyambut Hari Malaysia 2022 hari ini di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Malaysia kehilangan seorang lagi tokoh politik yang berbakat yang disegani kawan dan lawan.

Tun Dr Samy yang juga bekas Presiden MIC meninggal dunia di kediamannya di sini kira-kira jam 7 pagi semalam.

Bekas Menteri Kerja Raya itu meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Untuk rekod, antara sumbangan besar mendiang adalah mewujudkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Universiti AIMST dan Kolej Tafe.

“Justeru sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingat kami,” katanya.

Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.

Beliau mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun pada 1959 apabila dia menyertai MIC cawangan Batu Caves.

Samy Vellu juga adalah antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya daripada 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.

Mendiang pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi dari 1978 hingga 2008.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments