Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAUMNO Terengganu kekal pendirian, bertanding solo

UMNO Terengganu kekal pendirian, bertanding solo

HULU TERENGGANU, 16 September – UMNO Terengganu telah menetapkan pendirian untuk kekal bertanding secara solo walaupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan akan bekerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, keputusan itu telah dicapai dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri sebelum ini lagi.

“Kita di Terengganu tidak ada perubahan, PRU15 kita akan bergerak solo. Itu yang telah diputuskan dalam mesyuarat Perhubungan UMNO negeri sebelum ini,” katanya.

Datuk Rozi yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu memberitahu, UMNO negeri juga telah lama membuat persediaan bertanding secara solo dalam PRU15.

Ini kerana, katanya, sebelum ini UMNO telah merancang permufakatan dengan Pas tetapi tidak berjaya kerana Pas tidak jujur dalam persahabatan tersebut.

“Kalau kita nak berpakat, kita kena bekerja dari awal, kalau ‘last minit’, saya pun kena buat banyak perkara, kita kena ambil perjalanan semula,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat berkelompok Persidangan UMNO empat peringkat di Plaza Rahmat Orang Kuala Berang, di sini, hari ini.

Semalam, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan sama ada pintu perundingan antara UMNO dan Pas ditutup atau tidak, hanya boleh ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (MT).

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, perkara itu mungkin akan dibawa ke mesyuarat MT yang akan datang.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments