Monday, May 13, 2024
HomeBERITASSP Analytics sudi tawar kepakaran "Forensic Data Investigation" kepada JPN

SSP Analytics sudi tawar kepakaran “Forensic Data Investigation” kepada JPN

Susulan kes pemalsuan Sijil Kelahiran dan MYKad yang dikatakan semakin licik mengaburi pihak berkuasa.

CEO SSP Analytics, Saiful Bukhari Azlan mencadangkan agar pihak berwajib segera melaksanakan  “Forensic Data Investigation”untuk membuat analisa, siasatan dan mengenal pasti tahap keseriusan “fraud” data secara keseluruhan dengan mengunakan teknologi Big Data Analytics dan Artificial Intelligence AI.

Melalui perkongsian di laman Facebook miliknya,  itu, Saiful Bukhari berkata, sistem dan SOP pengeluaran MyKAD di seluruh cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu dirombak dan diperbaharui.

“Kami dari industri Big Data Analytics dengan berlapang dada sudi menyumbang kepakaran dan membantu demi mengembalikan maruah dan mempertahan kedaulatan negara”, tambahnya.

Terbaru pihak Polis berjaya menumpaskan sindiket mendapatkan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan diri secara palsu yang dipercayai didalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang.

Seramai 20 individu termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara, JPN berusia antara 32 tahun hingga 70 tahun dicekup dalam satu operasi bersama JSJK IPK Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman pada 19 Ogos lalu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments