Polis percaya akan menumpaskan sindiket jual sijil kelahiran dan MyKad Pulau Pinang dalam waktu terdekat

0

Hasil risikan dan siasatan polis selama 4 bulan ini polis percaya akan berjaya menumpaskan sindiket menjual sijil kelahiran dan kad pengenalan kepada warga asing dalam waktu terdekat.

sumber: FB Sir Azri

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata sehingga kini pihaknya sudah mempunyai petunjuk yang cukup bersabit rangkaian sindiket berkenaan.

Polis kini memburu saki baki sindiket terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara.

Terdahulu beli mengesahkan tangkapan membabitkan 20 individu termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara, JPN berusia antara 32 tahun hingga 70 tahun dicekup dalam satu operasi bersama JSJK IPK Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman pada 19 Ogos lalu.

Ke semua suspek ditahan mengkut seksyen 26E Akta pemerdagangan orang dan antipenyelupan migran pindaan 2010 kerana membuat, memperolehi dan menjual dan memiliki satu dokumen perjalanan diri palsu.

Datuk Huzir Mohamed, berkata semua 20 suspek terbabit dipercayai terbabit dalam pengeluaran tiga MyKad.

“Berdasarkan siasatan dijalankan pada masa ini, terdapat lapan lagi MyKad palsu yang dimiliki oleh warga asing masih belum dapat dikesan.

“Justeru, siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci bagi membolehkan pihak polis mengenal pasti warga asing yang memiliki MyKad berkenaan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Tambahnya, berdasarkan modus operandi sindiket berkenaan, ejen sindiket akan mencari warga asing yang ingin mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia dan kemudian menghubungi suspek utama yang sudah ditahan iaitu pegawai kanan JPN Pulau Pinang.

“Pegawai berkenaan akan menguruskan sijil kelahiran dan MyKad secara tidak sah dan semasa proses mengemas kini data dilakukan, pegawai berkenaan akan mengarahkan beberapa kakitangan JPN lain untuk membantunya.

“Kita tidak menolak kemungkinan kakitangan JPN lain tidak menyedari sama ada rekod yang mereka masukkan adalah sah atau tidak,” katanya.

Tambahnya sindiket terbabit memperoleh bayaran antara RM100,000 hingga RM600,000 daripada warga asing yang ingin memiliki MyKad.

Ia bergantung kepada permintaan daripada pihak sindiket.

Sepanjang operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Polis Kontinjen Pulau Pinang, pihak polis merampas 34 pasport, 11 keping kad pengenalan, lima salinan sijil kelahiran, enam salinan kad pengenalan, tiga borang permohonan kad pengenalan, empat buku daftar pesuruhjaya sumpah, dokumen JPN dan wang tunai lebih RM38,000.

Turut dirampas, 38 unit telefon bimbit, enam komputer riba, 19 pemacu komputer dan enam kereta.

Pada masa ini, semua tangkapan masih direman mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari.

Leave a Reply