Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITASPR adakan mesyuarat khas 17 Ogos

SPR adakan mesyuarat khas 17 Ogos

Mesyuarat Khas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 pada 17 Ogos ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat berkenaan akan berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di The Magellan Sutera Resort Kota Kinabalu, Sabah.

“Mesyuarat Khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.

“Inipati mesyuarat ini akan membincangkan tarikh-tarikh penting urusan pilihan raya seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan.

“Selepas itu satu sidang media akan diadakan sejurus perbincangan mesyuarat itu selesai,” kata beliau dalam satu kenyataan.

[ KENYATAAN MEDIA ]MESYUARAT KHAS URUSAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN BAGI NEGERI SABAH KE-16

Dikirim oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR pada Jumat, 07 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments