Bermula hari ini (8 Ogos) hingga 14 Ogos, harga petrol RON97 dan RON95 turun sebanyak lima sen seliter.
Dengan ini harga runcit RON97 menjadi RM1.93 seliter dan RON95 dengan RM1.63 seliter.
Manakala diesel ialah RM1.79 seliter berikutan penurunan harga runcit sebanyak empat sen pada minggu ini.
Penurunan ini adalah dipengaruhi oleh perubahan harga minyak diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.
Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 8 Ogos 2020 Sehingga 14 Ogos 2020.
Dikirim oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumat, 07 Agustus 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply