Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITASegera lapor pada KKM jika kedai gunting rambut jual dan promosi ‘vape’

Segera lapor pada KKM jika kedai gunting rambut jual dan promosi ‘vape’

Pernahkah anda melihat pengusaha premis gunting rambut (barber) yang mempromosikan atau meletakkan sebarang alat mahupun bahan perasa produk rokok elektronik?

Jika ya, anda perlu lebih berhati-hati ketika memilih premis gunting rambut yang ada menjual dan mempromosikan produk rokok elektronik.

Ini kerana ianya mungkin dan lebih membimbangkan jika anak anak remaja masuk ke kedai ini seterusnya berisiko terdedah selama 15-40 minit di dalam premis ini yang kemudiannya terjerat dengan promosi keterlaluan produk rokok elektronik.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2700659280223927&id=1712327752390423

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, dari segi keselamatan dan SOP pencegahan COVID-19, tiada jaminan keselamatan bagi premis sebegini yang telah kepam udaranya dengan semburan aeresol dari paru-paru pelanggan yang tidak diketahui statusnya.

Oleh itu sekiranya anda mengesyaki mana-mana premis yang ada menjual produk mengandungi cecair nikotin secara terang terangan atau tersembunyi, anda boleh membuat aduan dilaman web rasmi yang tertera.

https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do (Sistem Pengurusan Aduan Awam KKM)

Setelah aduan dibuat, tindakan susulan yang sepatutnya akan dilakukan oleh pihak berkuasa dalam tempoh 60 hari dari tarikh aduan.

Stay safe ya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments