PM lancar Kempen Pembudayaan Norma Baharu

0

Kempen Pembudayaan Norma Baharu dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran kawalan kendiri di kalangan masyarakat.

Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, beliau menyatakan kempen khususnya disasarkan kepada seluruh rakyat Malaysia merentasi pelbagai golongan masyarakat dan sektor.

Selari dengan slogan “Bersama Hentikan Wabak COVID-19”, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperkasakan komuniti untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti masing-masing dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dan membudayakan norma baharu.

Pakai Pelitup MukaAmal Penjarakan FizikalKerap cuci tanganElak kawasan sesak dan sempitElak sembang jarak dekatIni…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Sabtu, 08 Agustus 2020

“Kita perlu menganggap diri kita semua sebagai petugas barisan hadapan memastikan SOP sentiasa dipatuhi dan sentiasa berwaspada bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu yang menyebabkan peningkatan kes-kes positif COVID-19 di negara kita.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat untuk terus bekerjasama dengan kerajaan khususnya petugas kesihatan dan penguatkuasa undang-undang untuk mempraktikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi SOP seperti yang dikeluarkan oleh KKM.

“Oleh itu, kesedaran kawalan kendiri yang tinggi sama ada di tempat kerja, tempat-tempat awam, tempat ibadat mahupun di rumah perlu ada dalam diri kita pada setiap masa,” ucap beliau di majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan Pagoh, Johor pagi tadi.

Menteri Besar Johor, Dato’ Sri Ismail Sabri merangkap Pengerusi Kempen Pembudayaan Norma Baharu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba turut hadir ke majlis berkenaan.

((LIVE)) Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Jumat, 07 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply