COVID-19 : 47 pulih, tujuh kes baharu

0

Tujuh kes baharu COVID-19 melibatkan enam kes import dan satu kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,070 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 47 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,775 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 170 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai dua orang dan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 08 Agustus 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply