Malaysia sumbang RM1 juta untuk Lubnan

0

Malaysia sumbang bantuan kemanusian untuk rakyat Lebanon susulan tragedi letupan di Pelabuhan Beirut baru-baru ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memutuskan menyumbang RM1 juta menerusi Pertubuhan Palang Merah Lebanon (LRC).

Perdana Menteri yang turut mewakili kerajaan Malaysia berkongsi kesedihan serta penderitaan yang dialami warga Lebanon yang telah menyebabkan kemusnahan besar di negara berkenaan.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

“Kepada yang tercedera kami juga mendoakan agar mereka cepat sembuh.

“Malaysia yakin dan percaya rakyat Lebanon mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan,” luah beliau.

Kenyatan Media YAB Perdana Menteri, Malaysia Sumbang Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat LebanonPress Statement Prime Minister Of Malaysia, Malaysia Contributes To Relief Efforts In Beirut.

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Sabtu, 08 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply