Sunday, June 23, 2024
HomeBERITASinetron lakonan terakhir Ashraf Sinclair ‘Dewi’ ditayangkan disaluran Awesome TV

Sinetron lakonan terakhir Ashraf Sinclair ‘Dewi’ ditayangkan disaluran Awesome TV

Sudah hampir sembilan bulan pelakon, pengacara dan model Allahyarham Ashraf Sinclair meninggalkan kita.

Menerusi platform laman media sosial Instagram @awesometv.my telah berkongsi informasi sebuah sinetron berjudul ‘Dewi’ yang merupakan lakonan terakhir Allahyarham, sedang ditayangkan menerusi stesen televisyen terestrial swasta digital, Awesome TV disaluran 112.

Sinetron yang dibarisi pelakon handalan dari seberang seperti Ririn Dwi Ariyanti, Reuben Elushama Hadju dan ramai lagi ini mengisahkan suka duka dalam hubungan kekeluargaan.

Pasti ada banyak pengajaran dan tauladan yang ingin disampaikan menerusi teledrama ini.

Buat anda yang merindui lakonan Ashraf Sinclair, bolehlah menonton teledrama yang bersiaran jam 6 petang.

Untuk rekid, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) ini dikhabarkan pulang ke Rahmatullah pada 18 Febuari lalu akibat serangan jantung.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan akan terus diingati sebagai seorang suami dan ayah penyayang.

#Dewi

#AwesomeTV

https://www.instagram.com/p/CHe0J3Dlz2G/?igshid=1as10lx0oxtqc

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments