Friday, May 17, 2024
HomeBERITASejarah kesultanan Perak terungkai di Beting Beras Basah

Sejarah kesultanan Perak terungkai di Beting Beras Basah

Pernah dengar tentang Beting Beras Basah?Bagi anda yang gemarkan sejarah kesultanan Melayu, destinasi ini boleh anda lawati jika ke negeri Perak.

Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Bagan Datuk berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku.

Mengikut sejarah, disinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke negeri Perak.

Bagi mereka yang mahu melawat di lokasi ini, anda boleh melalui jalan darat dengan datang ke Kampung Sungai Ular yang mengambil masa kira-kita tujuh minit untuk sampai.

Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki disini.

Mengikut adat istiadat kesultanan negeri ini, setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan mesti menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.

Pada 14 Mei 2015, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut menyempurnakan Istiadat Mencecah Kaki di Beting Beras Basah sebagai menyempurnakan Istiadat Pertabalan Sultan Perak.

Istiadat ini dilakukan sebagai simbolik adat signifikan tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I, iaitu Sultan Perak pertama yang menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak.


* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments