Sebanyak 919 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini melibatkan 916 kes tempatan 916 dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 43,791 kes.
Jumlah pesakit discaj seramai 996 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 32,069 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,419 orang manakala 92 pesakit berada di ICU dan 35 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan satu kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 303 kes.
Adalah diharapkan agar orang ramai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November lalu sehingga 6 Disember ini.
Ini adalah usaha bagi mengekang seterusnya memutuskan rantaian Covid 19.
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply