Thursday, May 23, 2024
HomeBERITASikap rendah diri dan respon positif Haqiem Rusli walau disindir dikagumi ramai

Sikap rendah diri dan respon positif Haqiem Rusli walau disindir dikagumi ramai

Persembahan kumpulan Drama Band menerusi lagu berjudul ‘Drama’ pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 Ahad lalu yang dipercayai turut menyindir penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli telah menimbulkan perasaan kurang senang orang ramai yang menonton pertandingan gah terbabit.

Menggunakan pendekatan seni persembahan dan dilihat seperti ‘parodi’ juga sindiran, dengan kemunculan beberapa karektor dan perwatakan seperti Haqiem Rusli, Haneesya Hanee, PU Abu dan Da’i Farhan serta mantan Perdana Menteri bersama isteri, kumpulan Drama Band dianggap tidak beretika ketika melakukan persembahan nyanyian.

Rata-rata netizen menyifatkan cara pembawakan watak dalam persembahan tersebut agak keterlaluan kerana telah menyentuh isu sensitiviti serta peribadi pihak lain.

Parodi berunsur ‘penyanyi depresi’ yang seolah-olah dituju kepada bekas idola kecil musim pertama, Haqiem Rusli yang dikatakan menggunakan masalah tekanan sebagai gimik keluaran lagu terbaru sebelum ini telah membuatkan seorang pemuda bernama Jazlie Dawani terpanggil untuk menegur perbuatan Drama Band di laman Twitter miliknya.

Mengetahui dirinya menjadi bahan bicara ramai, penyanyi Haqiem Rusli tampil mengulas isu berkenaan dengan baik dan tenang walaupun sedikit sebanyak dia juga turut terganggu dengan sindiran melalui persembahan kumpulan Drama Band yang turut mara ke peringkat akhir AJL ke-34 baru-baru ini.

Respon positif daripada pelantun berjudul ‘Lembah Kesepian’ ini nyata membuatkan peminatnya kagum dengan cara Haqiem Rusli mengatasi masalah berkenaan.

Dalam pada itu, Jihan Muse turut menyatakan kekagumannya terhadap penyanyi berbakat besar ini menyatakan, “Budak baik budak bagus. Macam-macam orang cakap pasal dia, tapi aku tetap suka dia. Jiwa muda tapi tak berdarah muda. Penyabar tak cepat marah. Cepat terasa je. rajin mintak maaf walau tak salah. Talented pulak tu,” tulis Jihan menerusi laman Twitter.

Begitu juga dengan penyampai radio, Hanee Fadzil yang turut kagum dengan perubahan Haqiem Rusli yang belajar dari kesilapan dan cuba menjadi seseorang yang lebih baik.

Kepada Haqiem Rusli teruskan berperlakuan baik dan kekalkan sikap rendah diri anda.

Jika berbuat baik, pasti ramai yang akan sayang dan menyenangi kita. Semoga terus menghasilkan karya yang hebat dan bermutu.

Good Luck Haqiem Rusli!

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments