Lebih 190,000 rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen menggesa kerajaan melarang seterusnya mengharamkan rokok elektronik atau vape.
Dalam petisyen berkenaan turut menyatakan sebab kempen ini diadakan adalah bagi menghalang rokok elektronik ini menjadi seperti rokok konvensional dan adalah lebih baik ia diharamkan lebih awal mulai sekarang.
Kini usaha-usaha untuk membuat satu peraturan baru berkaitan rokok atau merokok demi mengurangkan bilangan perokok, mengurangkan access mendapatkan rokok, dan kesan akibat merokok serta asap rokok bukanlah senang apatah lagi jika hendak mengharamkan terus serta-merta.
Oleh itu, ketika hayat usia rokok elektronik ini masih muda, kinilah masanya kerajaan mengharamkannya.
Petisyen yang dimulakan sejak beberapa bulan yang lepas itu masih diteruskan dan sentiasa meningkat hari demi hari.
Dalam pada itu, petisyen terbabit turut menyeru kepada seluruh rakyat yang telah menandatangani petisyen ini agar menyebarkan petisyen ini supaya lebih ramai dapat memberi sokongan terhadap usaha ini.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply