Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITASerai Cottage Boutique Hotel Kuala Berang bantu warga tempatan

Serai Cottage Boutique Hotel Kuala Berang bantu warga tempatan

“Kepuasan membantu masyarakat setempat tanpa mengabaikan keuntungan”.

Demikian kata Dato’ Sham Saifful Mahari ketika ditanya tujuan utama penubuhan pusat penginapan The Serai Cottage Boutique Hotel cawangan Kuala Berang.

Dalam satu temubual santai bersama wartawan The Malaya Post, bekas guru yang kini merupakan seorang kontraktor ini berasa terpanggil untuk menubuhkan Serai Cottage kerana ingin berkongsi pengalaman dan rezeki dengan masyarakat setempat.

“Sewaktu bekerja dahulu, saya selalu ‘travel’ dan tinggal di hotel serata dunia. Saya sukakan suasana dan dekorasi kebanyakan hotel yang pernah didiami. Ketika itu menjadi idaman saya untuk mempunyai hotel di tanah kelahiran sendiri pada suatu hari nanti.

“Berbekalkan pengalaman sebagai kontraktor, saya berkesempatan melakukan sendiri pengubahsuaian pada beberapa buah rumah dua tingkat milik Syarikat kepada hotel.

“Maka, pada tahun 2017, tercapailah cita-cita saya untuk memiliki hotel jenama dan citarasa sendiri dengan wujudnya The Serai Cottage Boutique Hotel”, ceritanya girang.

Tambah beliau pada awalnya The Serai Cottage hanya mempunyai 20 bilik sahaja dan kini ia bertambah sebanyak 30 bilik tetamu.

Ketika ditanya apakah kelebihan The Serai Cottage, ini jawab beliau.

“Pertama sekali, setiap bilik adalah berbeza dari segi saiz, dekorasi dan pemandangan. Pelanggan boleh memilih bilik mengikut keperluan, kemampuan dan kenginan mereka. Itu menjadikan ianya sangat eksklusif dan peribadi, ” jelasnya yang mengambil inspirasi konsep Hotel yang pernah dilawati ketika berada di Chengmai.

Wah! Patutlah The Serai Cottage ini sentiasa tinggi permintaannya.

Malah, beberapa nama besar turut pernah menginap di sini tau..

Antaranya ialah mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terbaru  sesi pengambaran Telemovie “Mek Raya” terbitan syarikat produksi Nang Surya Studios untuk siaran TV2 turut dilakukan di sini.

Ramai juga artis yang terbabit antaranya Watie Sadali, Azrul Maharaja Lawak, Zul Huzaimy Marzuki, Faizal AF dan ramai lagi.

Jom kami belanja foto-foto di persekitaran The Serai Cottage cawangan Kuala Berang.

Haa, satu lagi keistimewaan The Serai Cottage ini adalah keenakan hidangan sarapan pagi, menu tengah hari dan makan malam mereka.

Menurut Dato’ Sham, mereka mempunyai chef tempatan yang sangat mahir dalam menyediakan masakan tempatan antaranya nasi dagang, keropok lekor dan gulai rebah bangun

Peh! kecur liur dah ni ????

Ini la chefnya ya..jangan silap tau yang sebelah kiri.

Selain itu, mereka turut menyediakan hidangan ikan sungai segar seperti patin dan keli serta haiwan eksotik iaitu landak yang dibekalkan terus dari ladang.

Hmm kepada anda yang  ingin mencuba masakan di sini bolehlah buat tempahan sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu hidangan ya!

Dalam pada itu, Dato’ Sham mengakui bahawa mereka tidak terkesan dengan penularan Pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

“Alhamdulillah, kami mampu bertahan sepanjang tempoh getir Pandemik melanda negara.

“Ketika PKP1, kami masih menerima 30-40 peratus tempahan bilik setiap hari. Ia membabitkan pihak yang terlibat dengan aktiviti pembaikpulihan negara.

“Manakala ketika PKP2, Syarikat Petronas telah menyewa bilik buat kakitangan mereka yang menjalani kuarantin.

“Malah, sepanjang PKP, kami telah menerima pelajar untuk menjalani proses praktikal di sini”, ujarnya penuh kesyukuran.

Mungkin juga kerana nawaitu beliau yang ingin membantu ekonomi dan menaiktaraf ilmu masyarakat setempat, rezeki The Serai Cottage ini dipermudahkan.

Berkongsi pengalaman lucu, ayah kepada tiga cahayamata ini pernah berhadapan situasi di mana pelanggan hotel telah ‘lari’ dari hotel tanpa menjelaskan sebarang bayaran.

Lari jam 3 pagi, siapa yang perasan kan. Alahai…

Menurut Dato’ Sham lagi, selain dari perkhidmatan bilik, katering dan sajian hidangan tempatan yang enak, beliau turut menitikberat kualiti perkhidmatan kakitangannya.

“Sebab itulah, saya akan memastikan mereka menerima bimbingan dan kursus dari masa ke semasa. Ini penting bagi membentuk keperibadian diri sekaligus mampu memperbaiki dan meningkat mutu perkhidmatan agar sentiasa konsisten.

“Pemberian gaji yang setimpal disertai bantuan bersesuaian merupakan antara perkara yang dititikberatkan agar pekerja sentiasa bersemangat untuk memberi yang terbaik”,  katanya di akhir temuramah kami.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Dato’ Sham dan kakitangan The Serai Cottage.

Harapan kami agar dapat bertemu lagi pada masa akan datang.–THE MALAYA POST

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments