Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAJurulatih selam Kristen Grodem ditemui selamat

Jurulatih selam Kristen Grodem ditemui selamat

Warga Norway yang juga jurulatih selam Kristen Grodem, 35, yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, ditemui selamat.

Dia tiba di Stadium Mersing kira-kira 12.05 tengah hari menaiki helikopter dari Unit Udara APMM sebelum dihantar ke Hospital Mersing bagi menerima rawatan lanjut.

Berikut kami kongsikan foto-foto daripada Facebook Menteri Besar Johor Onn Hafiz.

Semalam, media melaporkan empat penyelam warga asing dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat itu melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada jam 2.35 petang tadi berhubung kejadian itu.

Setakat ini identiti empat penyelam warga asing dikenalpasti.

Mereka adalah lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, bersama anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14.

Ia termasuk seorang wanita warga Perancis, Alexia Alexandra, 18, dan seorang lagi wanita yang juga jurulatih penyelam ‘Dive Master’ dari Norway, Kristine Grodem, 35.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments