Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPusat Komuniti Desa bantu tingkat taraf hidup komuniti luar bandar

Pusat Komuniti Desa bantu tingkat taraf hidup komuniti luar bandar

Pusat Komuniti Desa (PKD) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan satu inisiatif untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

PKD adalah penstrukturan semula Rural Transformation Centre (RTC) dan Mini Rural Transformation Centre (MRTC) yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 11 Oktober 2018.

Penstrukturan semula ini mengekalkan fungsi sedia ada RTC dan MRTC serta turut melibatkan pemerkasaan peranan 191 buah PKD di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan pertambahan fungsi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat setempat.

KPLB dalam satu kenyataan berkata, objektif penubuhan PKD pula disesuaikan dengan keperluan semasa antaranya menyediakan latihan komuniti (kemahiran dan ICT) kepada penduduk setempat di luar bandar.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments