Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKadar bayaran haji kekal RM9,980 - TH

Kadar bayaran haji kekal RM9,980 – TH

Walaupun kos haji dijangka meningkat kepada lebih RM25,000 tahun ini, namun Lembaga Tabung Haji mengekalkan kadar bayaran haji RM9,980 kepada jemaah Muassasah yang mengerjakan ibadah itu buat kali pertama.

Menurut Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pihaknya mengekalkan kadar bayaran sejak 13 tahun lalu walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat setiap tahun.

“TH menjangkakan kos untuk jemaah menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25,000 seorang.

“Peningkatan kos berkenaan disebabkan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Ia termasuklah disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Makkah dan Madinah. Kita menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan.

“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Namun, setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada 2019 ialah RM22,900 dan peningkatan sebanyak 12 peratus.

Ia sudah mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang dinaikkan daripada lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan.

Beliau berkata, peningkatan kos itu tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments