Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPunya lesen menyelam dan berpengalaman, identiti empat penyelam warga asing hilang dikenalpasti

Punya lesen menyelam dan berpengalaman, identiti empat penyelam warga asing hilang dikenalpasti

Polis sudah mengenalpasti Identiti empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, semalam.

Mereka adalah lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, bersama anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14.

Ia termasuk seorang wanita warga Perancis, Alexia Alexandra, 18, dan seorang lagi wanita yang juga jurulatih penyelam ‘Dive Master’ dari Norway, Kristine Grodem, 35.

Lapor Berita Harian, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kesemua penyelam berkenaan mempunyai lesen menyelam dan berpengalaman.

“Kita dukacita kerana ada empat individu yang dilaporkan hilang dan sedang dicari di kepulauan Mersing, terutama di kepulauan Sanggol. Kesemua mereka adalah pelancong dan seorang jurulatih.

“Tiga mangsa adalah pelajar (dalam selaman) tetapi bukan kali pertama menyelam. Kesemua mereka berpengalaman dalam selaman dan sedang menaik taraf sijil kelayakan menyelam (upgrading certification).

“Dua lelaki yang dilaporkan turut hilang itu adalah bapa bersama anak,” katanya pada sidang media selepas meninjau Operasi Carilamat di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, dan Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kerajaan negeri Johor akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada pihak kedutaan mengenai operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) empat penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol.

Datuk Onn Hafiz, berkata ia membabitkan Kedutaan Britain, Kedutaan Belanda, Kedutaan Norway dan Kedutaan Perancis.

Operasi Carilamat yang disambung semula pada jam 7 pagi semalam membabitkan 90 pegawai dan anggota pelbagai agensi, termasuk 30 penyelam, serta 18 aset.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments