Friday, July 19, 2024
HomeBERITASeorang lagi bintang K-Pop meninggal dunia, pelakon dan ahli kumpulan Surprise U,...

Seorang lagi bintang K-Pop meninggal dunia, pelakon dan ahli kumpulan Surprise U, Cha In Ha ditemui mati di rumahnya

Agensi hiburan Korea Selatan, Fantagio telah mengeluarkan kenyataan, Cha In Ha telah meninggal dunia di rumahnya pada 3 Disember lalu.

Pengurusnya dikatakan telah menemui mayatnya dan menghubungi polis namun tiada mesej terakhir yang ditemui.

Menurut laporan eksklusif dari Enews24, anggota kumpulan Surprise U dan aktor, Cha In Ha dilaporkan telah meninggal dunia dan polis sedang menyiasat punca kematiannya.

Agensinya mengeluarkan kenyataan ringkas, mengatakan mereka juga cuba mengesahkan laporan berkenaan.

“Kami telah dengar dan membaca laporan-laporan, dan kami sedang meneliti perkara berkenaan.”

Butiran lengkap seperti lokasi di mana dia ditemui atau penyebab kematian yang tidak akan didedahkan.

Cha In Ha memulakan kerjaya pada tahun 2017 dalam filem You, Deep Inside of Me dan juga ahli kumpulan anak lelaki Fantagio, Surprise U.

Sejak kerjayanya bermula, dia telah melakonkan watak pembantu dalam banyak drama, seperti drama Temperature of Love, Wok of Love, Clean with Passion for Now dan The Banker.

Dia juga merupakan sebahagian daripada pelakon drama baru MBC, Love With Flaws, bergandingan bersama Ahn Jae Hyun dan Oh Yeon Seo.

Team produksi juga telah mengeluarkan kenyataan ringkas.

“Kami cuba memahami dengan situasi sekarang.”

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments