Monday, May 20, 2024
HomeBERITAPilih wanita berketurunan Serani, Dato’ Eizlan Yusof bakal berkahwin pada 12 Disember

Pilih wanita berketurunan Serani, Dato’ Eizlan Yusof bakal berkahwin pada 12 Disember

Akhirnya, teka-teki suri hati yang bakal bergelar isteri kepada Eizlan Yusof sudahpun terjawab.

Menerusi entri di laman Instagram, pelakon berusia 48 tahun ini telah memuat naik beberapa foto miliknya bersama seorang wanita dengan ‘caption’ tanda pagar #CountingDays.

View this post on Instagram

#CountingDays @cstproduction

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Namun rupa wanita yang bakal menjadi pilihan hatinya masih menjadi tanda tanya apabila bintang filem Paskal ini memilih untuk tidak mendedahkan wajah bakal isterinya.

Dipercayai wanita yang berjaya memikat hati Eizlan merupakan bekas peserta model Malaysian Dreamgirl tahun 2008 iaitu Natasha Rosa Boudville.

Pelakon dan pengarah Eizlan Yusof memberitahu bakal melangsungkan perkahwinan dengan wanita berketurunan Serani pada 12 Disember.

Difahamkan, wanita yang kini berusia 29 tahun, Natasha Rosa telahpun memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments