Monday, May 20, 2024
HomeBERITAGEGAR VAGANZA : Peminat teruja menanti persembahan Naqiu menyanyikan lagu Tinting pada...

GEGAR VAGANZA : Peminat teruja menanti persembahan Naqiu menyanyikan lagu Tinting pada konsert minggu kesembilan

Penyanyi kumpulan Boboy, Naqiu merupakan antara peserta ‘favourite’ di kalangan para peminat program nyanyian realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Perkongsian Naqiu di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur kerana telah selesai dan masih mampu bertahan untuk meneruskan perjuangan ke minggu seterusnya.

“Percayalah dah settle..fuhh lega.lepas nie ting ting pulak…apa pulak agaknya yg jadi versi naqiu nyanyi lagu kak noraniza idris ni ehh..” tulis Naqiu.

Dia juga sempat berseloroh tentang bagaimana keadaannya ketika menyanyikan lagu Noraniza Idris kerana semua sedia maklum kelincahan penyanyi tradisional tersohor negara ini ketika melakukan persembahan.

“Bernyanyi sambil main teng teng atau berjoget sakan atau joget lambak ke..aduhai makin seram nih???????? sama2 kita nantikan ok ????@thisisnaqiu” tulis Naqiu mengakhiri perkongsiannya.

Di ruangan komen milik penyanyi berkenaan, para peminatnya mendoakan kejayaan Naqiu malah ada yang mengusik penyanyi terbabit harus bermain rebana ketika menyampaikan lagu Tinting.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments