Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITASeorang kanak-kanak autisme berusia 6 tahun dilaporkan hilang

Seorang kanak-kanak autisme berusia 6 tahun dilaporkan hilang

Mohon perhatian dan kerjasama semua.

Seorang kanak-kanak autisme berusia 6 tahun dilaporkan hilang sejak tengahari tadi.

Menurut ibunya ketika dihubungi jam 6.46 petang ini, Zayn Rayyan masih gagal ditemui.

Ketika dlaporkan hilang, Zayn berpakaian seragam sekolah.

“Assalamualaikum, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari tengahari tadi.

“Butiran seperti di bawah. Jika ternampak sila hubungi nombor seperti di bawah. Anak saya OKU, autism. Dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dahulu ya, terus call saya, terima kasih” memetik kenyataan ringkas ibu kanak-kanak ini di FB.

Nama : Zayn Rayyan
Umur : 6 Tahun
Ketinggian : 120 cm
Pakaian semasa hilang : Baju sekolah berkolar warna putih, berseluar hitam, dan berkasut sekolah (sama seperti dalam gambar, lencana sekolah SKDD2)
Tarikh hilang : 5/12/2023 (Selasa)
Masa hilang : Jam 12 tengahari
Hubungi bapa : 01151687158
Hubungi ibu : 01133119578

Orang ramai yang menemui kanak-kanak ini dimohon menghubungi polis berdekatan atau hubungi ibu bapa Zayn di talian tertera.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments