Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITA"Langkawi sama seperti dulu" – Peniaga mohon hentikan isu pulau zombie

“Langkawi sama seperti dulu” – Peniaga mohon hentikan isu pulau zombie

Kepercayaan terhadap Langkawi sebagai ‘pulau zombie,’ di mana pelancong dikatakan mengurang, membawa impak negatif kepada daya tarikan pulau ini sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Langkawi, juga dikenali sebagai Permata Kedah, sebelum ini diiktiraf sebagai Pulau Percutian Terbaik di Malaysia pada Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022, namun sejak kebelakangan ini, isu ketidakpopularan pulau ini mencetuskan kebimbangan.

Sumber: Hotel.com

Seorang peniaga di Langkawi, Mior Johan Johari dari Restoran Bamboo Chenang, menyeru agar para media dan sebilangan masyarakat berhenti menyifatkan pulau ini sebagai ‘pulau hantu’ atau ‘pulau zombie.’

Beliau menegaskan bahawa sektor pelancongan di Langkawi masih aktif dan mendapat sambutan positif, terutamanya semasa cuti perayaan Deepavali pada 12 November yang lalu.

Mior Johan menjelaskan bahawa pengurangan pelancong pada hari bekerja adalah perkara biasa, dan menegaskan bahawa istilah ‘pulau zombie’ memberikan persepsi negatif kepada pelancong luar.

“Langkawi masih seperti dulu, saya harap isu ini dihentikan. Hari-hari bekerja memang kurang pelancong, tetapi hujung minggu banyak yang datang, malah semalam ada kapal persiaran mewah berlabuh di sini,” katanya.

Istilah ‘Pulau Zombie’ beri persepsi buruk kepada para pelancong.

Sementara itu seorang peniaga restoran menjelaskan bahawa menggunakan istilah ‘pulau zombie’ memberi persepsi buruk kepada pelancong luar, dan merayu agar isu itu dihentikan.

Norhayati Abdullah, pengusaha Langkawi Country Lodge, juga menyatakan bahawa tempat penginapannya masih mendapat sambutan positif dari pelancong asing.

Norhayati menekankan bahawa pelancong asing masih berminat untuk melawat Langkawi, dan dia berharap masyarakat setempat tidak menurunkan martabat pulau mereka sendiri.

“Jangan pula kita sebagai masyarakat setempat menjatuhkan gred tempat kita sendiri,” kata Norhayati.

Sumber: Langkawi Cable Car/Travel with Bender

Ini 10 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Boleh Dikunjungi

Langkawi, yang diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark, menawarkan pelbagai ‘hidden-gems’ yang menarik. Berikut adalah 10 tempat menarik di Langkawi yang patut dikunjungi:

1. Makam Mahsuri.
2. Dataran Helang.
3. Langkawi SkyCab.
4. Underwater World Langkawi (UWL).
5. Pertunjukan bunga api, Pantai Chenang.
6. Kilim Karst Geoforest Park.
7. Muzium Laman Padi.
8. Kompleks Kraf Langkawi.
9. MARDI Agro Technology Park.
10. 3D Art Langkawi.

THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments