Bekas penyanyi kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Berita duka itu disahkan dalam satu kenyataan media kumpulan nasyid Inteam di Facebook rasminya malam ini.

“Sahabat kami yang kami kasihi. Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam
Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh
Lahu Al Fatihah”, memetik kenyataan itu.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat pneumonia.
Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply