Friday, July 26, 2024
HomeBERITAZayn Rayyan hilang: Bapa mohon doa rakyat Malaysia

Zayn Rayyan hilang: Bapa mohon doa rakyat Malaysia

Kanak-kanak autisme berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Damansara Damai tengahari semalam masih belum ditemui.

Menurut bapa kepada Zayn Rayyan ketika dihubungi The Malaya Post, anaknya dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

“Ya betul anak hilang semasa sedang menaiki tangga untuk naik rumah”, katanya kepada The Malaya Post.

Menurut Zaim Ikhwan sehingga malam tadi sepasukan bersama polis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan Zayn di sekitar Damansara Damai.

Namun setakat ini, polis belum menemui sebarang petunjuk atau tanda.

“Malam tadi unit polis K9 dan bomba ada melakukan pencarian. Tapi masih belum jumpa apa-apa kesan atau petunjuk. Isteri saya masih dalam keadaan terkejut. Kami sangat memerlukan doa orang ramai”, katanya.

Zaim dan isteri memohon agar rakyat Malaysia dapat mendoakan anaknya ditemui segera dengan selamat.

Petang semalam, The Malaya Post melaporkan berita kanak-kanak ini hilang sebaik menerima maklumat di group Whataspps silat Sekolah Kebangsaan Taman Tun (2).

Ketika dlaporkan hilang, Zayn berpakaian seragam sekolah.

Orang ramai yang menemui kanak-kanak ini dimohon menghubungi polis berdekatan atau hubungi ibu bapa Zayn di talian tertera.

Bapa 01151687158
Ibu : 01133119578

Berikut adalah maklum penting mengenai Zayn.

Nama : Zayn Rayyan
Umur : 6 Tahun
Ketinggian : 120 cm
Pakaian semasa hilang : Baju sekolah berkolar warna putih, berseluar hitam, dan berkasut sekolah (sama seperti dalam gambar, lencana sekolah SKDD2)
Tarikh hilang : 5/12/2023 (Selasa)
Masa hilang : Jam 12 tengahari
Hubungi bapa : 01151687158
Hubungi ibu : 01133119578

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments