Saturday, June 22, 2024
HomeBERITASemua kaunter perkhidmatan kerajaan dibuka hari ini

Semua kaunter perkhidmatan kerajaan dibuka hari ini

Selaras keputusan daripada mesyuarat kabinet hari ini, jemaah menteri telah bersetuju membenarkan semua pejabat kerajaan terutamannya kaunter perkhidmatan dibuka sepenuhnya.

Sehubungan dengan persetujuan itu, kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula dibuka dan beroperasi hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jabatan-jabatan kerajaan yang lain juga akan turut menjalankan operasi seperti biasa.

Beliau mengingatkan orang ramai khususnya kakitangan kerajaan agar mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

“Majikan perlu melakukan saringan suhu badan terhadap semua pekerja sebelum mula dibenarkan menjalankan tugasan dan menyediakan ‘hand sanitizer’ di setiap pintu masuk premis.

“Selain itu, amalan penjarakan sosial satu meter seperti saranan kerajaan hendaklah dipraktikkan ketika di tempat kerja termasuklah menjalankan operasi sanitasi di pejabat,” ujar beliau.

SEMUA KAUNTER PERKHIDMATAN KERAJAAN DIBUKA SEPENUHNYA HARI…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 13 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments