Monday, June 17, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 58 pulih, 37 kes baharu dan dua kematian

COVID-19 : 58 pulih, 37 kes baharu dan dua kematian

Laporan COVID-19 sehingga 13 Mei 2020 menunjukkan 37 kes baharu positif, empat adalah daripada kes import dan 33 lagi membabitkan penularan tempatan.

Daripada jumlah terbabit 21 kes dikenalpasti bukan warganegara Malaysia, manakala jumlah kesembuhan hari ini adalah sebanyak 58 pesakit.

Mengambil kira pertambahan kes baharu serta kes yang telah pulih, jumlah kes aktif dalam negara setakat ini sebanyak 1,387 dan jumlah kesembuhan serta discaj seramai 5,281.

Manakala, jumlah pesakit dirawat di ICU kekal seperti semalam sebanyak 16 orang berserta empat yang memerlukan alat bantuan penafasan.

Berbanding semalam, petang ini negara catat dua kematian baru dengan jumlah keseluruhan menjadi 111 kes.

Terkini #covid19malaysia, 13 MeiDaripada 37 kes baharu, 21 adalah daripada Bukan Warganegara Malaysia. Daripada jumlah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 13 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments