Friday, June 14, 2024
HomeBERITAAktiviti ziarah ahli keluarga terdekat dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja

Aktiviti ziarah ahli keluarga terdekat dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja

Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan aktiviti ziarah menziarahi bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dihadkan untuk hari pertama perayaan sahaja.

Bahkan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti ziarah hanyalah terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu hari.

“Jumlah maksimum 20 orang sehari ini juga perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing dalam satu-satu masa.

“Namun jika rumah tersebut kecil atau sempit ia perlu dihadkan seramai lima orang sahaja bagi memastikan SOP penjarakkan sosial dapat dipatuhi,” ujar beliau dalam sidang media harian PKPB.

Berbicara lanjut, beliau berkata aktiviti ziarah ini tidak akan dibenarkan pada hari kedua, ketiga dan seterusnya termasuklah aktiviti rumah terbuka Aidilfitri juga dilarang dalam Akta 342.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments