Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITASemua aktiviti penjajaan kendalian MBJB ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Semua aktiviti penjajaan kendalian MBJB ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengarahkan semua aktiviti penjajaan seperti Pasar Malam, Pasar Pagi, Pasar Sehari, Bazaar JB Food Street/Back Street, Food Truck, Luton Van dan seumpamanya di bawah kendalian MBJB ditutup mulai hari ini, 18 Mac hingga 31 Mac depan.

Keputusan ini dibuat sebagai menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebagaimana kandungan Perutusan Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan pandemik COVID-19.

Pengusaha dan penjaja diminta mengikuti arahan yang telah dikeluarkan selaras dengan UUK 5(5) dalam Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments