Kira-kira 3.8 juta isi rumah mendapat manfaat Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ke-2 awal bulan ini.
Pembayaran berjumlah RM200 telahpun diagihkan kepada penerima layak BSH bermula 16 Mac lalu.

Bayaran awal ini adalah sebahagian daripada intipati Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) untuk menghadapi wabak COVID-19.
Bayaran tambahan RM100 akan menyusul pada bulan Mei 2020 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM500 juta.
Dalam “posting” terbaharu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di facebook beliau berkata pihak kerajaan memahami akan kesulitan yang dialami oleh rakyat bilamana Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara mulai 18 Mac 2020.
“Oleh itu melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) langkah tambahan diambil dengan membuat pembayaran awal Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020 (diawalkan dari tarikh asal pada Mei 2020). Semoga ianya membantu 3.8 juta isi rumah yang mendapat menafaat dari langkah ini.
“Bayaran tambahan RM100 akan menyusul pada bulan Mei 2020”, katanya.
Pihak kerajaan memahami akan kesulitan yang dialami oleh rakyat bilamana Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di…
Dikirim oleh Azmin Ali pada Selasa, 17 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply