Pelakon yang semakin bersinar bakatnya dan penyanyi kecil molek, Ayda Jebat Nor berkongsi detik bahagia bersama para pengikut di laman sosial medianya.
Ayda atau nama sebenarnya Nor Suhada berkongsi foto cincin tersarung cantik di jari manisnya berserta kapsyen yang menggambarkan dirinya sudah dilamar kekasih hati, Nabil Mahir.
“???????? The best birthday gift ever. I said YES. ????
#HeLockMeForever #AydaJebat #NabilMahir#BilAydaJatuhCinta” tulis Ayda.
Ayda yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 turut menzahirkan keterujaannya dengan kehidupan peribadi yang sedang jatuh cinta!
Dalam masa yang sama, Nabil Mahir juga memuat naik entri yang menyatakan Ayda Jebat telah menerima lamarannya.
Di ruangan komen Instagram milik pasangan secocok itu, para peminat dan rakan artis nyata gembira dengan perkongsian perkembangan terkini hubungan pasangan berkenaan.

Tahniah Ayda Jebat!–THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply