Kerajaan peruntukkan RM120 juta bantuan terhadap 33,000 pekerja cuti tanpa gaji

0

RM120 juta diperuntukkan untuk menyalurkan bantuan khas terhadap 33,000 pekerja yang bercuti tanpa gaji.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

“Setelah bermesyuarat dan memberi penelitian terhadap penularan wabak COVID-19 di negara, langkah bantuan ini diambil bagi meringankan beban dan masalah yang dihadapi rakyat.

“Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

“Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan,” jelasnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply