Orang ramai boleh mula melakukan semakan bagi permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ mulai hari ini.

Proses untuk menyemak status permohonan berkenaan boleh disemak melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Dalam pada itu, KWSP terdahulu memaklumkan bahawa pemohon juga tidak perlu untuk mengakses i-Akaun mahupun mengunjungi kios dan cawangan KWSP bagi tujuan itu.

Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.
KWSP memaklumkan, bayaran bagi pengeluaran khas akan dibuat secara sekali pembayaran (single payment) kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply