Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITASesi persekolahan tanpa penggiliran bagi murid sekolah rendah bermula 17, 18 April...

Sesi persekolahan tanpa penggiliran bagi murid sekolah rendah bermula 17, 18 April ini

Mulai 17 April ini, sesi persekolahan tanpa penggiliran bagi murid sekolah rendah akan dimulakan bagi negeri kumpulan A manakala pada 18 April bagi negeri kumpulan B.

Perkata itu dinyatakan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi satu petikan video yang dikongsikan di Facebook beliau hari ini.

Katanya keputusan itu dibuat selepas perkara itu dibincangkan secara panjang lebar di peringkat Kementerian Pendidikan.

“Selepas kita lihat pengoperasian sekolah rendah bermula 21 Mac lalu yang datang bersemuka dan sekolah menengah pula pada 4 April yang datang bersemuka tanpa penggiliran, maka kita telah buat ketetapan bahawa murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula pada 17 April untuk negeri kumpulan A dan 18 April untuk negeri kumpulan B,” katanya.

Negeri kumpulan A adalah sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Manakala negeri kumpulan B adalah sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu beliau meminta ibu bapa memainkan peranan memastikan anak masing-masing untuk memberi keutamaan dalam mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang paling penting adalah pematuhan semua anak-anak serta guru-guru kepada SOP yang telah ditetapkan.

“Walaupun kita bergerak dalam fasa peralihan kepada endemik, kita masih perlu kekalkan SOP yang telah ditetapkan, jadi pematuhannya adalah amat penting terutamanya apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments