Friday, July 19, 2024
HomeBERITADua lagi penyelam yang hilang Pulau Tokong Sanggol ditemukan selamat

Dua lagi penyelam yang hilang Pulau Tokong Sanggol ditemukan selamat

MERSING, 9 April: Susulan empat yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, Rabu lalu.

Dua lagi penyelam ditemui selamat oleh nelayan tempatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Mereka ialah penyelam warga Britain, Adrian Peter Chesters, 46 dan wanita warga Perancis, Alexia Alexandra Molina, 18.

Khamis lalu, seorang penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35 ditemui selamat.

Lapor media, Grodem yang juga jurulatih selam ditemui di 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.

Dalam pada itu seorang lagi mangsa yang masih hilang adalah anak Chesters dikenali sebagai Nathen Renze, 14, yang juga warga Belanda.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments