Thursday, July 18, 2024
HomeBERITAKekalkan nama 'Boboy' atau tukar nama baharu - Naqui

Kekalkan nama ‘Boboy’ atau tukar nama baharu – Naqui

Dua dekad lalu, kumpulan muzik remaja, Boboy pernah mencetuskan fenomena dan menjadi kegilaan para remaja.

Namun, kumpulan berkenaan menyepikan diri sebaik Naqui mengambil keputusan untuk tidak lagi menyanyi.

Terbaharu, dalam satu laporan berita Kosmo! Naqui mengesahkan bakal membuat kemunculan semula bersama ahli kumpulannya itu dalam waktu terdekat.

“Itu yang membuatkan saya terharu dan hormat kepada mereka. Abang-abang saya ini tidak pernah terfikir untuk tubuhkan kumpulan lain walaupun saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyanyi,” katanya.


Bersedia untuk membuat kemunculan semula, Naqiu bersama ahli kumpulannya kini agak dilema sama ada untuk mengekalkan nama asal kumpulan mereka iaitu Boboy atau mencari nama baharu yang lebih sesuai dengan usia kini.

“Sekarang kami sedang mempertimbangkan untuk buat penjenamaan semula kumpulan atau kekal dengan nama Boboy. Kalau kekalkan nama, rasa seperti tidak sesuai pula dengan usia kami sekarang.

“Tapi kalau diberi penjenamaan semula, rasa sayang pula sebab kami dikenali peminat kerana nama Boboy. Tunggulah nanti bagaimana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Boboy merancang menghasilkan single baharu selepas Aidilfitri sebagai hadiah buat peminat setia.

Untuk rekod, biarpun kumpulan muzik yang diberi nama Boboy sekitar awal tahun 2000 itu perlu bersaing dengan beberapa kumpulan muzik remaja lain seperti New Boys dan Q-Face, masing-masing mempunyai kelompok peminat tersendiri.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments