Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITASelamat Hari Jadi RTM ke-74, teruskan menyampai maklumat dan berita sahih -...

Selamat Hari Jadi RTM ke-74, teruskan menyampai maklumat dan berita sahih – Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah

Mantan Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perkongsian di laman Facebook miliknya telah memuatnaik video beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah menyampaikan ucapan Selamat Hari Jadi RTM ke-74!

“Selamat Hari Jadi yang ke 74 bagi RTM, jelas sekali bahawa RTM bermula sebelum pun kita merdeka dimana mereka telah pun meneruskan kerja kerja untuk menjelaskan keadaan dalam negara supaya rakyat tidak keliru dan tidak terpesong daripada kebenaran yang berlaku dalam negara kita” ujar beliau.

Tambahnya, beliau berharap RTM akan terus menjalani tugas menyebarkan maklumat dan berita sahih terutama pada ketika negara menghadapi serangan wabak jangkitan COVID-19.

Menurutnya lagi, rakyat perlu mendapat maklumat yang benar supaya mereka tidak panik dan cemas.

Selamat Hari Jadi RTM yang ke-74.Teruskan bersama RTM – Radio Televisyen Malaysia, jenama paling dipercayai.

Dikirim oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada Rabu, 01 April 2020

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada RTM pada hari kelahiran sistem penyiaran nasional yang sudah menjangkau 74 tahun penubuhannya.

“Teruskan menonton RTM , jenama yang paling dipercayai” ucapnya mengakhiri video perkongsian terbabit.

Terdahulu Tun Dr Mahathir dan isteri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia yang disambut 30 Mac lalu.

Selamat Hari Doktor Sedunia

Saya dan isteri mengambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia. Tugas Doktor amatlah berat dan merbahaya tetapi kesanggupan mereka sangat dihargai apatah lagi ketika mendepani wabak COVID-19. Juga ucapan terima kasih buat Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA atas kerja kuat mereka dalam usaha menangani wabak iniSelamat Hari Doktor Sedunia.https://www.youtube.com/watch?v=aD4Es30HEGY

Dikirim oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada Selasa, 31 Maret 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments