Kerajaan telah bersetuju menubuhkan Pusat Jualan Barangan Terkawal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pusat jualan dibawah pertubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ini dijangka akan beroerasi di 97 lokasi terpilih.
Menurut FAMA, ia bertujuan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan makanan terutama barangan basah ketika tempoh PKP berjalan.
Selain itu, ia juga merupakan alternatif bagi mengurangkan dan mengawal kesesakan di pasar-pasar basah sedia ada.
Pasar jualan terkawal ini akan dijalankan selaras Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu gerai akan dijarakkan, pintu keluar masuk akan dikawal oleh pihak polis dan tentera serta penjarakkan sosial perlu dipatuhi dan dikawal.
Antara barangan yang dijual adalah sayur-sayuran, buah-buahan, barangan basah seperti ayam, ikan dan daging serta barangan runcit dan barangan asas tani.
𝐏𝐊𝐏 : 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal di seluruh negara akan dibuka, bagi memudahkan…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 31 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply