Duduk terlalu lama secara berterusan pasti sahaja akan menyebabkan pinggang dan badan terasa sakit dan lenguh.
Kajian juga melaporkan duduk dalam tempoh yang lama boleh memberi efek buruk terhadap kesihatan seseorang.
Nampak remeh tapi risikonya cukup tinggi!
Amalan dan gaya hidup duduk terlalu lama dalam jangka masa yang panjang sehingga mencecah tahun boleh memudaratkan diri tanpa kita menyedari kesannya.
Public Health Malaysia menjelaskan individu yang mengamalkan amalan ini adalah berpontensi menghidapi penyakit jantung dan gejala nyanyuk.
Bahkan keadaan sedemikian boleh menyebabkan obesiti dan meningkatkan sindrom metabolik seperti diabetes.
Selain itu, meluangkan masa duduk terlalu lama juga boleh meningkatkan risiko kematian awal atau penyakit kronik seperti kanser.
Kesan lainnya termasuklah masalah darah beku, tulang rapuh dan mengalami gejala keresahan dan kebimbangan.
Duduk selama dua jam berterusan ibaratnya berisiko kira-kira 50 peratus punca penyebab kematian!
Pastikan setiap jam anda berdiri dan berjalan sebentar serta melakukan regangan ringkas.
Haa, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan, jom kita amalkan saranan dari pihak kesihatan ini.
Jangan duduk sahaja ya. Perlu berjalan dan lakukan langkah pergerakan setiap satu jam.
Duduk lama sangat semasa PKP pun tidak bagus sangat. Jika anda duduk lama sangat, anda berisiko untuk mendapat…
Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Selasa, 31 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply