Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMereka juga “frontliners”! Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berperanan besar bendung...

Mereka juga “frontliners”! Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berperanan besar bendung COVID-19

Dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19, selain dari pihak berkuasa seperti polis, askar dan pekerja kesihatan yang menjadi “frontliners”, namun jangan kita lupa akan pengorbanan dan tanggungjawab anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Anggota JBPM turut memainkan peranan mereka dalam membanteras wabak ini.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Jabatan Perdana Menteri, anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) turut merupakan salah satu “frontliners” yang telah ditugaskan untuk bersama-sama melaksanakan usaha negara dalam memerangi penularan wabak covid-19.

Malahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, anggota bomba juga turut memikul peranan yang telah ditugaskan buat mereka.

PERANAN ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) DALAM MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19Tahukah anda anggota…

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Rabu, 01 April 2020

Disini kami kongsikan antara peranan-peranan anggota Bomba yang perlu dilaksanakan demi menjaga keselamatan kita semua :

1 – Pasukan HAZMAT (Pasukan Unit Bahan Berbahaya) dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan Operasi Sanitasi Awam di lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan utama penularan iaitu Zon Merah dan Zon Jingga.

Fokus utama pasukan jalan lokaliti yang dipercayai menyebabkan penularan.

2 – Dua (2) Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dijadikan pusat kuarantin dan aset serta anggota Bomba akan digerakkan bagi menyelaras pusat kuarantin tersebut.

Manakala tiga (3) lagi ABPM juga telah diwarta senaraikan sebagai Pusat Kuarantin, JBPM juga akan menjalankan proses nyah kuman untuk Pusat Kuarantin dari masa ke semasa.

3 – Menjalankan operasi Humanitarian Assistance Disaster Relief (ADR) nyahcemar ke atas rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke Malaysia daripada negara berisiko tinggi.

4 – Menjalankan operasi nyahcemar ke atas kapal terbang dan
kargo-kargo yang berasal daripada negara berisiko tinggi.

5 – Menyediakan perkhidmatan pemindahan berskala besar
PUl dan pesakit COVID-19 berdasarkan kepada permohonan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terima kasih kepada semua anggota bomba!

Anda juga telah berjasa kepada rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments