Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meluluskan perlanjutan kebenaran telah diberi kepada syarikat-syarikat untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh perlanjutan PKP sehingga 14 April 2020.
Memetik kenyataan media, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pemain industri yang terdiri daripada pengeluar, pemborong, logistik, peruncitan dan e-dagang yang telah diberikan pengesahan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP oleh KPDNHEP dibenarkan untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh PKP namun pelaksanaan pengoperasian PKP seperti waktu operasi adalah tertakluk kepada arahan lain daripada Majlis Keselamatan Negara, Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berharap agar pemain industri memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh PKP dan mematuhi syarat-syarat untuk beroperasi yang telah ditetapkan.
“Surat pengesahan KPDNHEP kepada pemain industri hanyalah melibatkan sektor bekalan makanan dan perubatan dan pengesahan tersebut juga dipanjangkan kepada setiap rantaian pengedaran serta sub-sektor yang menyokong dan membantu pemain industri dalam sektor bekalan makanan dan perubatan.

“Selain itu, kebenaran untuk bekerja hanya terpakai kepada pekerja-pekerja yang disenaraikan di dalam permohonan syarikat yang diluluskan olen KPDNHEP.
“Pihak majikan perlu menyediakan salinan surat kelulusan KPDNHEP berserta lampiran senarai pekerja untuk memudahkan pergerakan pekerja-pekerja terbabit ke tempat kerja, menghantar bekalan dan pulang ke lokasi kediaman kerana ianya penting bagi memastikan penularan virus COVID-19 dapat dibendung secara efektif, ujar beliau.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply