Saturday, May 25, 2024
HomeBERITASelagi tiada vaksin, masyarakat perlu praktik kaedah kesihatan awam

Selagi tiada vaksin, masyarakat perlu praktik kaedah kesihatan awam

“Kalau kita dah ada vaksin yang berkesan maka setiap daripada kita akan mendapatkan dan mungkin kita dapat mempertahankan diri daripada jangkitan COVID-19,” demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

Penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dua minggu lalu telah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pemulihan wabak itu di negara ini semakin memberangsangkan.

Perkembangan ini jelas menunjukkan petugas barisan hadapan kesihatan dan penguatkuasa telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang namun matlamat itu tidak akan dicapai sepenuhnya sekiranya rakyat masih berdegil mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh kerana itu, selagi tiada vaksin untuk merawat COVID-19, orang ramai perlu mementingkan kaedah kesihatan awam.

Malah kelmarin Dato’ Dr Noor Hisham memaklumkan 36 lagi kes positif COVID-19 dikesan dan tiada rekod kematian baharu dicatatkan.

Ini merupakan satu kejayaan besar buat para petugas kesihatan yang bertungkus lumus mengesan dan merawat pesakit COVID-19.

Penurunan jumlah kes harian itu adalah hasil tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutamanya dalam tempoh beberapa minggu lepas dengan hasil kerjasama penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pelbagai agensi lain.

Sekiranya orang ramai mahu melihat COVID-19 kekal konsisten terkawal, dan mahu PKP ditamatkan dengan segera, maka teruslah berada di rumah dan patuhi PKP sepanjang krisis ini.

SELAGI TIADA VAKSIN JANGAN BERHENTI PERANGI COVID19.Patuhi PKP agar kita dapat putuskan penularan wabak…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 20 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments