Monday, July 15, 2024
HomeBERITALima syarikat korporat sumbang RM1.75 juta untuk tabung Musaadah Khaira PPZ

Lima syarikat korporat sumbang RM1.75 juta untuk tabung Musaadah Khaira PPZ

Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menggerakkan misi #MusaadahCOVID19 sebagai usaha meringankan beban asnaf dan petugas hadapan (frontliner) COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Memetik perkongsian terkini dari laman Facebook rasmi Menteri Hal Ehwal Agama, beliau juga telah melancarkan Zakat Fitrah Online PPZ-MAIWP dan telah pun menerima penyerahan sumbangan ke Tabung Musaadah Khaira PPZ.

5 SYARIKAT KORPORAT SUMBANG RM1.75 JUTA KEPADA TABUNG MUSAADAH KHAIRA PPZ YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)…

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Senin, 20 April 2020

Tabung Musaadah Khaira PPZ diperkenalkan bagi membantu golongan B40, peniaga kecil, pekerja gaji harian dan mereka yang terkesan sepanjang PKP ini.

Menurut perkongsian beliau, pihaknya telah menerima sumbangan bernilai RM1. 75 juta dari lima syarikat korporat untuk Tabung Musaadah Khaira PPZ.

Antara yang menyalurkan sumbangan adalah Tenaga Nasional Berhad (RM1 juta), Permodalan Nasional Berhad (RM500 ribu), Malakoff Corporation Berhad (RM100 ribu), FGV Holdings Berhad (RM100 ribu) dan Etiqa Family Takaful Berhad (RM50 ribu).

Sehingga 20 April, tabung ini telah memberi manfaat kepada 14,577 penerima dari kategori golongan B40, peniaga kecil dan juga individu yang bergaji harian.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi agensi-agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) juga boleh didapati melalui link berikut :

#MusaadahCovid19

KEMASKINI PERBELANJAAN COVID-19 TABUNG YAYASAN WAQAF MALAYSIA.Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi agensi-agensi di…

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Senin, 20 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments