Monday, June 17, 2024
HomeBERITASebar berita palsu, PDRM buka 265 kertas siasatan

Sebar berita palsu, PDRM buka 265 kertas siasatan

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kerajaan memandang serius terhadap penularan berita palsu yang tular di platform media sosial malahan ada yang memfitnah, menghasut serta sebagainya.

Sehingga hari ini (17 Mei), sebanyak 265 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penyebaran berita palsu COVID-19.

Daripada jumlah terbabit, sebanyak 178 masih dalam siasatan, 30 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran manakala 11 lagi mengaku bersalah.

Beliau turut berharap agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh semak kesahihan berita melalui portal SEBENARNYA.MY.

Mana-mana individu yang berkongsi dan menyebarkan berita palsu juga boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

#TakPastiJanganKongsi

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments