Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAMukhriz letak jawatan, Muhamad Sanusi MB Kedah baharu

Mukhriz letak jawatan, Muhamad Sanusi MB Kedah baharu

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media menyatakan bahawa beliau telah melepaskan jawatan yang dipangku sebagai Menteri Besar Kedah.

Perletakan jawatan itu dibuat setelah beliau dikatakan kehilangan kepercayaan majoriti di kalangan ADUN.

Namun dalam percaturan politik terkini, beliau turut dimaklumkan tiada ADUN-ADUN Bersatu mahupun PKR yang meninggalkan PH menyatakan bahawa wujud apa-apa masalah yang telah beliau cetuskan sehingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada beliau.

KENYATAAN MEDIAYAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIRMENTERI BESAR KEDAH DARUL AMANAHAD, 17 MEI, 2020WISMA…

Dikirim oleh Mukhriz Mahathir FC pada Sabtu, 16 Mei 2020

“Saya redha dengan keadaan ini, dan dengan relahati bersedia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

“Apa juga perkembangan politik yang mungkin atau tidak berlaku di peringkat Persekutuan, saya dan rakan-rakan PH serta YB Dato’ Wira Ir Amiruddin Hamzah bertekad untuk bergerak sebagai pembangkang sehingga Dewan Undangan Negeri Kedah dibubar – selewat-lewatnya pada bulan Mei 2023.

“Kami tidak akan melayan mana-mana pihak dari kalangan ADUN-ADUN yang telah mengkhianati kepercayaan Rakyat Kedah, yang tiba-tiba hendak balik ke pangkuan kami.

Kekallah mereka di sana bersama rakan-rakan subahat mereka, tiada maaf bagimu! Dan kekallah kami bersama rakan-rakan seperjuangan Pakatan Harapan yang telah menewaskan BN dulu.

“Sejujurnya saya menyatakan bahawa saya dan seluruh Kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan tugas dan tanggungjawab semata-mata untuk negeri yang kami sayangi, dan Rakyat yang kami sanjungi. Tidak ada kepentingan peribadi yang diberikan pertimbangan mengatasi rakyat,” ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Kedah yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam merealisasikan dasar dan pendekatan mereka dan juga kepada seluruh Rakyat Kedah yang memberikan kepercayaan kepada untuk membentuk Kerajaan baru pada tahun 2018, dan menerima halatuju dan cara pentadbiran PH.

Terdahulu, pada sebelah pagi hari ini beliau telah sembah maklum kepada Tuanku Sultan Kedah atas sebab beliau telah hilang kepercayaan majoriti di kalangan ADUN maka peletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Ammar Shaikh Mahmood Naim memaklumkan pelantikan Adun Jeneri daripada PAS, Muhamad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar baru.

Beliau berkata setelah perjumpaan dengan semua ADUN pada 15 Mei lalu, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mendapati Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun dan berkenan menerima peletakan jawatannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments