COVID-19 : 59 pulih, 22 kes baharu

0

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada 17 Mei 2020 menunjukkan jumlah kes baharu positif pada hari ini adalah seramai 22 orang.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,894 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 59 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5,571 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1,210 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 13 orang dan 7 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal kepada 113 kes.

Terkini #covid19malaysia, 17 Mei Kes sembuh baharu = 59Jumlah kes sembuh = 5,571Kes positif baharu = 22Jumlah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 17 Mei 2020

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply