Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKerajaan lulus cadangan pengendalian aktiviti akademik di kampus IPT semasa dan pasca...

Kerajaan lulus cadangan pengendalian aktiviti akademik di kampus IPT semasa dan pasca PKP

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pihak kerajaan telah meluluskan cadangan yang dibentangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pelajar-pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan seperti Pengajian Sarjana (Masters) dan juga Doktor Falsafah (PHD) untuk memulakan aktiviti akademik mereka dengan kadar segera.

“Kebenaran ini hanya melibatkan 31,508 pelajar di 462 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mana perlu melakukan penyelidikan secara fizikal di makmal, bengkel dan juga studio reka bentuk kerana memerlukan peralatan yang khusus untuk kajian yang akan dilakukan.

“Jadi kita kira tidak ramai yang terpaksa balik ke kampus untuk membuat menyelidikan bagi kursus untuk Master dan juga PHD,” ujar beliau.

Tambah beliau, pihaknya menganggarkan lebih kurang 60 orang pelajar sahaja untuk setiap IPT dan bukan melibatkan satu kumpulan yang besar.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments