Friday, July 19, 2024
HomeBERITATERKINISebar berita palsu bawa mudarat kepada rakyat, negara – Abu Bakar Yahya

Sebar berita palsu bawa mudarat kepada rakyat, negara – Abu Bakar Yahya

KANGAR 31 Jan. – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial sebagai tempat untuk menyebar serta berkongsi berita palsu sehingga boleh membawa kemudaratan kepada kestabilan negara.

Demikian tegas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Yahya yang turut meminta para pengguna media sosial supaya lebih bertanggungjawab dengan memastikan maklumat atau berita yang diperolehi itu adalah benar-benar sahih.

“Ketika ini kita dapati begitu banyak perkongsian dalam media sosial berkaitan dengan penularan novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini. Bagaimanapun, dilaporkan ada juga pihak tertentu yang sanggup mengambil kesempatan di sebalik kejadian tersebut untuk mencetuskan kegusaran orang ramai dengan menyebarkan maklumat atau berita palsu mengenai kejadian tersebut.

“Saya melihat penyebaran maklumat atau berita palsu seolah-olah telah menjadi satu ‘kebiasaan’ apabila timbulnya sesuatu isu. Malah ada juga pihak menyebarkan maklumat tidak benar untuk membangkitkan sentimen perkauman dan menganggu gugat pentadbiran kerajaan,” katanya.

 

Tambah Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, para pengguna media sosial adalah rakyat Malaysia dan mereka sepatutnya merasa lebih bertanggungjawab sebelum melakukan tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan, perpaduan serta maruah negara.

Malah, beliau turut menyarankan orang ramai supaya menggunakan media sosial untuk menggerakkan solaridariti rakyat pelbagai kaum dan agama dengan bersama-sama membantu kerajaan dalam menangani permasalahan yang dihadapi negara ketika ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor menegaskan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu serta fitnah, berhubung novel koronavirus (2019-nCoV).

Terdahulu, Abu Bakar menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 150 pelajar asnaf daripada kawasan Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar dalam Program Budi Setahun, Segunung Intan di Teluk Jambu, di sini. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments